KPN: Wan Ji disiasat kerana disyaki hina sultan

Wan Ji Wan Hussin ditahan polis 13 Oktober 2017 kerana didakwa menghina sultan. ― Foto ihsan Facebook/Wanji Wanhussin WanjiWan Ji Wan Hussin ditahan polis 13 Oktober 2017 kerana didakwa menghina sultan. ― Foto ihsan Facebook/Wanji Wanhussin WanjiKUALA LUMPUR, 14 Okt ― Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penahanan pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin semalam bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap lelaki itu kerana didakwa menghina sultan.

“Wan Ji ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana disyaki menghina Sultan,” katanya selepas menghadiri majlis paluan berundur Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman di padang kawad Pusat Latihan Polis, di sini.

Beliau berkata polis telah menerima beberapa laporan berhubung kes berkenaan tetapi tidak dapat mengesan Wan Ji sebelum ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada tahanan reman Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin, yang ditahan semalam, perlu disambung atau sebaliknya, beliau berkata tempoh remannya bergantung kepada keperluan siasatan.

“Kalau tidak sambung (reman), polis akan beri ikat jamin,” katanya.

Semalam, Mohamad Fuzi berkata Zamihan disiasat menurut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas memberi keterangan pada 3.50 petang pada Rabu lepas. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV