Kahwin bulan depan, pemuda nafi gambar bersama Sajat

Hafiz dan Nursyafiqah akan melangsungkan perkahwinan pada 24 November ini. — Foto ihsan Instagram/HafizHafiz dan Nursyafiqah akan melangsungkan perkahwinan pada 24 November ini. — Foto ihsan Instagram/Hafiz

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Bakal diijabkabulkan bulan depan, seorang pemuda di sini mendedahkan tiada sebarang hubungan istimewa dengan usahawan kosmetik Nur Sajat.

Memberi penjelasan pada Selasa, Hafiz Mahamad berkata gambar seorang pemuda bersama Sajat yang tular di media sosial itu bukanlah dirinya.

“Tengok dekat Twitter ramai mention cakap ni saya. Ah berat, buke kawe ni.

“Jangan buat hal, majlis nak dekat ni kang bising mekna @syafiqahaina kata saya sailang sajat,” katanya merujuk nama tunangnya di Instagram miliknya.

 

 

Tengok dekat twitter ramai mention cakap ni saya. Ah berat, buke kawe ni 🤣 Jangan buat hal, majlis nak dekat ni kang bising mekna @syafiqahaina kata saya sailang sajat 🤣

A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on

 

Hafiz, 24, berkata pengguna media sosial yang mengaitkan dirinya amat mengejutkan kerana tiada persamaannya dengan lelaki itu.

Katanya, persiapan perkahwinannya bersama Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, 23, sudah 80 siap yang akan berlangsung di Kelantan dan Johor.

“Mula-mula bila ramai yang tanya tu memang saya terkejut, sebab muka pun lain dan dikaitkan pula dengan Sajat.

“Pada saya, persamaan cuma pada cermin mata dan penampilan, tapi bagi orang lain sekali imbas mereka ingatkan itu saya.

“Sebenarnya, tak sama pun muka,” katanya kepada mStar Online.

Portal sama melaporkan lelaki dalam gambar bersama Sajat ialah Mohd Tishrin Mohd Adnan atau lebih dikenali sebagai Coach Yin.

Lagi Video di MMOTV