Hina DAP, menteri arah ‘Malay Regiment’ potong ‘DAP165’

Datuk Seri Salleh Said Keruak mengarahkan adegan melibatkan nombor pendaftaran DAP165 dipotong kerana menghina DAP. — Paparan skrin YoutubeDatuk Seri Salleh Said Keruak mengarahkan adegan melibatkan nombor pendaftaran DAP165 dipotong kerana menghina DAP. — Paparan skrin YoutubePETALING JAYA, 7 Ogos — Adegan yang dikatakan menghina DAP dalam filem Malay Regiment yang bakal ditayang pada 31 Ogos ini, diarah supaya dipotong.

Paparan nombor pendaftaran DAP165 seakan-akan perkataan ‘DAPIGS’ yang kerap dikaitkan untuk menghina DAP di internet, lapor MalaysiaKini.

Menteri komunikasi dan multimedia dimaklumkan perkara itu pagi ini dan meminta semua pembikin filem supaya lebih sensitif dan tidak berlebih-lebihan.

“Sewaktu semak trailer itu, saya dapati babak itu tidak sesuai dan minta ia dikeluarkannya,” kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau merujuk adegan tersebut pada minit 0:44 dalam trailer filem itu di Youtube.

Portal itu turut melaporkan, pengarah filem tersebut akur dengan arahan menteri dan menafikan karya berkenaan cuba memaparkan sentimen anti-DAP.

“Bagi saya falsafah filem itu boleh ditafsirkan dalam berbagai-bagai makna. Kita tunjukkan insiden itu berlaku pada 1976 dan kisah dahulu jadi pengajaran kita hari ini,” kata Datuk Jurey Latiff Rosli.

Malay Regiment memaparkan kisah benar membabitkan 11 askar tanah air terkorban pada tahun 1976 apabila helikopter mereka ditembak jatuh oleh komunis.

Lagi Video di MMOTV