Heboh tawaran Marvel, Raja Ilya ajak minum kopi

Raja Ilya berhasrat mengembangkan lagi perniagaannya menerusi sektor francais dengan harga serendah RM150,000. — Foto ihsan Instagram/Raja IlyaRaja Ilya berhasrat mengembangkan lagi perniagaannya menerusi sektor francais dengan harga serendah RM150,000. — Foto ihsan Instagram/Raja IlyaKUALA LUMPUR, 3 Jan — Di sebalik keriuhan tawaran lakonan dari produksi Hollywood, pelakon Raja Ilya kini sibuk melebarkan empayar perniagaan.

Mengusahakan perniagaan berasaskan kopi, pelakon drama “Gerak Khas” ini sudah memiliki empat cawangan di seluruh Malaysia.

“Fokus kami buka cawangan di dalam kampus. Pelanggan tetap sudah ada di sana dan tidak perlu tunggu pelanggan.

“Setiap hari memang kami alu-alukan pelajar malah kami juga beri peluang untuk mereka bekerja separuh masa, praktikal atau membuat tugasan tentang kopi.

“Itu semua memang kami alu-alukan,” katanya kepada ProjekMMO.

 

 

#coffee #cafe #instacoffee #cafelife #caffeine #hot #mug #drink #coffeeaddict #coffeegram #coffeeoftheday #cotd #coffeelover #coffeelovers #coffeeholic #coffeecup #coffeelove #coffeemug #baristabuzz #coffeelife #richiamocoffee #espresso #utmkl

A post shared by RICHIAMO® COFFEE (@richiamocoffee) on

Memulakan perniagaan di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah dua tahun lalu, Richiamo Coffee kini dibuka di dua universiti lagi.

Selain di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Malaysia di sini, pengunjung juga boleh menikmati kopi di Menara Miti di ibu kota.

Melihat potensi lebih besar dalam perniagaan, Raja Ilya berhasrat mengembangkan lagi perniagaannya menerusi sektor francais.

 

 

Enjoy your fav drinks in Richiamo Coffee by @rajailya The taste is Original & Premium. Visit our branch at : Richiamo Coffee ,UUM, Sintok Kedah. Richiamo Coffee ,UIA, Gombak. Richiamo Coffee MitiTower. OPENING SOON : Richiamo Coffee UTMkL.

A post shared by RICHIAMO® COFFEE (@richiamocoffee) on

“Selepas dua tahun dibuka, perniagaan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM150,000. Francais kami paling rendah di Malaysia.

“Harga tidak dinaikkan kerana kami masih baharu. Dengan harga itu kami bekalkan semuanya. Bermula dengan ubah suai dan barangan.

“Cuma mereka perlu sediakan lot kedai dan pekerja. Kalau tiada pekerja, kami boleh sediakan. Pembancuh kopi kami juga yang terbaik di Malaysia.

“Dia yang melatih semua pembancuh kopi di cawangan kami,” katanya.

Dibuka dari 10 pagi hingga 11 malam setiap hari di cawangan kampus, Richiamo Coffee juga menyediakan kek, roti dan nasi lemak.

Lagi Video di MMOTV