Harga RON turun 8 sen, diesel turun 2 sen

Harga RON95 dan RON97 turun lapan sen masing-masing kepada RM2.30 dan RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 29 Nov. ― Foto BernamaHarga RON95 dan RON97 turun lapan sen masing-masing kepada RM2.30 dan RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 29 Nov. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 22 Nov ― Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun lapan sen masing-masing kepada RM2.30 dan RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 29 Nov. 

Harga runcit diesel pula turun dua sen kepada RM2.23 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini.

Bagi minggu sebelum ini dari 16 Nov-22 Nov, harga runcit mingguan petrol RON95 ialah RM2.38 seliter, RON97 RM2.66 seliter dan diesel RM2.25 seliter. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV