Gantung buaian, vandalisme di MRT, hukuman menanti

Perbuatan menggantung buaian dalam MRT dan vandalisme berdepan risiko dikenakan tindakan undang-undang. — Foto ihsan Facebook/Nana Abd RashidPerbuatan menggantung buaian dalam MRT dan vandalisme berdepan risiko dikenakan tindakan undang-undang. — Foto ihsan Facebook/Nana Abd RashidSHAH ALAM, 25 Julai — Individu yang melakukan perbuatan vandalisme di stesen Mass Rapid Transit (MRT) akan dihukum mengikut peruntukan undang-undang.

Mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010, kata MRT Malaysia, lapor Sinar Harian.

Orang ramai juga boleh didakwa mengikut Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991).

“Ia boleh membawa kepada denda RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan,” kata kenyataan MRT itu.

Orang ramai dinasihati menjaga keselamatan ketika menaiki MRT.

Semalam, pengarah komunikasi strategik dan hal ehwal pihak berkepentingan berkata banyak kesan calar di bangku dan dinding serta tandas dirosakkan walaupun baru lima hari beroperasi.

Datuk Najmuddin Abdullah menyifatkan sebahagian masyarakat belum memiliki mentaliti kelas pertama walaupun mereka disediakan kemudahan kelas pertama.

Selain itu, seorang wanita dikesan menggantung buaian anak di dalam MRT dan dikecam warga internet.

Lagi Video di MMOTV