Farid Kamil sah positif ganja, kata polis

Pelakon Datuk Farid Kamil disahkan positif dadah berdasarkan ujian air kencing. — Foto ihsan Facebook/Romy Irwan ShahPelakon Datuk Farid Kamil disahkan positif dadah berdasarkan ujian air kencing. — Foto ihsan Facebook/Romy Irwan ShahKUALA LUMPUR, 11 Jan — Pelakon Datuk Farid Kamil disahkan positif dadah, kata ketua polis daerah Petaling Jaya.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja," kata ACP Mohd Zani Che Din, lapor Kosmo!

Beliau berkata Farid kini ditahan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Pelakon Lagenda Budak Setan ditahan kerana menampar anggota polis di sebuah balai ketika membuat aduan kes kemalangan, sekitar jam 1.20 petang tadi.

Suspek, 37 tahun, juga menendang orang awam dekat kaunter bahagian trafik polis Kota Damansara, Petaling Jaya dekat sini.

Lagi Video di MMOTV