Emma Stone, Casey Affleck pelakon terbaik Oscar

Emma Stone berucap sewaktu menerima anugerah Oscar melalui lakonannya dalam ‘La La Land’ pada 26 Februari 2017. — Foto Reuters Emma Stone berucap sewaktu menerima anugerah Oscar melalui lakonannya dalam ‘La La Land’ pada 26 Februari 2017. — Foto Reuters LOS ANGELES, 27 Feb — Emma Stone dan Casey Affleck dijulang sebagai pemenang pelakon terbaik Oscar, masing-masing bagi filem La La Land dan Manchester by the Sea.

Sementara Damien Chazelle muncul sebagai pengarah terbaik melalui filem pilihan ramai La La Land. Filem terbaik pula jatuh kepada Moonlight.

Pelakon Mahershala Ali diangkat sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik, menjadikan beliau seniman Islam pertama menjulang anugerah hiburan berprestij itu.

Filem berbahasa asing terbaik dikuasai sekali oleh karya Asghar Farhadi, pengarah terkenal Iran, melalui The Salesman.

White Helmets, dokumentari pendek tentang kumpulan penyelamat Syria, menang kategori tersebut.

Berikut senarai pemenang kategori utama Oscar kali ke-89:

Filem terbaik: Moonlight

Pengarah terbaik: Damien Chazelle, La La Land

Pelakon lelaki terbaik: Casey Affleck, Manchester by the Sea

Pelakon wanita terbaik: Emma Stone, La La Land

Pelakon pembantu lelaki terbaik: Mahershala Ali, Moonlight

Pelakon pembantu wanita terbaik: Viola Davis, Fences

Lakon layar terbaik: Manchester by the Sea

Lakon layar adaptasi terbaik:  Moonlight

Filem animasi terbaik: Zootopia

Dokumentari terbaik: O.J.: Made in America

Dokumentari pendek terbaik: The White Helmets

Filem asing terbaik: The Salesman

Skor muzik terbaik: Justin Hurwitz, La La Land

Lagu terbaik: City of Stars, La La Land

Lagi Video di MMOTV