Dituduh acu gunting, lelaki kurang siuman dibelasah teruk (VIDEO)

Paparan video menunjukkan seorang lelaki dipercayai kurang siuman dibelasah beberapa lelaki hingga cedera di kepala.  — Foto ihsan Facebook/1SabahPaparan video menunjukkan seorang lelaki dipercayai kurang siuman dibelasah beberapa lelaki hingga cedera di kepala. — Foto ihsan Facebook/1SabahKOTA KINABALU, 31 Julai — Seorang lelaki kurang siuman dibelasah sekumpulan lelaki yang mendakwa mangsa mencuri dan memiliki senjata tajam.

Lelaki itu didakwa mencuri telefon milik pekerja Pasar Besar Kota Kinabalu sebelum dikatakan mengacu gunting, lapor Harian Metro.

“Lelaki terbabit dapat ditahan di hadapan bangunan KK Plaza dan ketika dipukul, beberapa saksi tidak nampak sebarang senjata dibawanya, hanya pekerja pasar sahaja memberitahu dia membawa gunting,” kata ketua polis daerah Kota Kinabalu.

ACP M Chandra berkata mangsa cedera di kepala akibat dipukul menggunakan kayu dan batang besi sebelum melarikan diri sekitar jam 3 petang Jumaat lalu.

Beliau berkata polis masih cuba mengesan lelaki itu di sekitar Plaza KK dan kawasan berhampiran tetapi gagal.

M Chandra juga menasihati orang awam supaya tidak bertindak di luar batas dan mematuhi undang-undang.

Lagi Video di MMOTV