Demi Siti Nurhaliza, menyamar kawan Ayie

Seorang peminat Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menggunakan helah 'rakan abangnya' Ayie semata-mata untuk bergambar pada 1996. — Foto TheHive.AsiaSeorang peminat Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menggunakan helah 'rakan abangnya' Ayie semata-mata untuk bergambar pada 1996. — Foto TheHive.AsiaKUALA LUMPUR, 12 Jan ― Seorang pelajar kolej menyamar kenalan abang Siti Nurhaliza demi bergambar dengan penyanyi tersohor itu pada 1996.

Syahril A Kadir memberani diri hadir ke sidang media artis tersebut, waktu itu sedang mula popular, di sebuah hotel sebelum ditahan penyambut tetamu.

Gagal menjawab organisasi media yang diwakilinya, bekas wartawan itu tiba-tiba mendapat idea mengaku "kawan abang Siti iaitu Ayie."

Syahril A Kadir bergambar dengan Siti Nurhaliza pada 1996, waktu itu baru mula meningkat naik. — Foto ihsan Facebook/Syahril A Kadir Syahril A Kadir bergambar dengan Siti Nurhaliza pada 1996, waktu itu baru mula meningkat naik. — Foto ihsan Facebook/Syahril A Kadir "Untuk pengetahuan, Ayie ini dulu tinggal dekat rumah keluarga saya di Pandan Jaya, jadi selalulah nampak dia main takraw di sana," coretnya di Facebook.

Selepas sidang media itu, Syahril cuba pula mendekati penyanyi lagu "Jerat Percintaan" yang "sedang berehat sambil mengelap air mata."

Selepas izin, tanpa disangka, Siti Nurhaliza bersetuju bergambar dengan Syahril walau pada awalnya dihalang petugas wanita syarikat rakaman.

"Maaf ya, Siti tidak suka ambil gambar dengan lelaki," kata petugas itu. Namun Siti menjawab: "Tidak apa kak, sekejap saja."

Syahril, kini perunding editorial, mencoretkan kenangannya lebih 20 tahun itu bersama foto tersebut sempena ulang tahun kelahiran Siti ke-39.  

Lagi Video di MMOTV