Chong Wei mara ke pentas akhir, lawan jaguh dunia

Lee sudah empat kali menjuarai Siri Super Akhir bermula pada 2008, 2009, 2010 dan 2013 namun terkandas di pusingan awal edisi lepas. ― Foto AFPLee sudah empat kali menjuarai Siri Super Akhir bermula pada 2008, 2009, 2010 dan 2013 namun terkandas di pusingan awal edisi lepas. ― Foto AFPKUALA LUMPUR, 17 Dis ― Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir kejohanan badminton Siri Super Akhir Dunia di Dubai, semalam.

Pemain berusia 35 tahun itu mengambil masa 49 minit sebelum berjaya menyingkirkan Son Wan Ho dari Korea Selatan; 21-17, 21-11 pada aksi separuh akhir.

Kelmarin, Chong Wei tewas kepada pemain di ranking kelima dunia itu; 21-13, 20-22, 15-21 dalam perlawanan pelengkap peringkat Kumpulan A.

Chong Wei yang kini berada di ranking kedua dunia, bakal berdepan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark di pentas akhir.

Axelsen sebelum itu, menundukkan Shi Yuqi dari China; 21-12, 21-8 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Untuk rekod, Chong Wei sudah empat kali menjuarai Siri Super Akhir bermula pada 2008, 2009, 2010 dan 2013.

Pada edisi lepas, Chong Wei terkandas di pusingan awal kejohanan berkenaan. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV