Buat peminat buku, jangan terlepas ulang tahun ke-15 Kinokuniya

Set Books Kinokuniya x Mossery didatangkan dengan kain balut furoshiki yang menawan ini. — Foto Books Kinokuniya MalaysiaSet Books Kinokuniya x Mossery didatangkan dengan kain balut furoshiki yang menawan ini. — Foto Books Kinokuniya MalaysiaKUALA LUMPUR, 18 Mac — Ini bukan gurauan April Fool!

Menjelang 1 April ini, kedai buku tersohor dari Jepun, Kinokuniya bakal menawarkan harga diskaun sempena 15 tahun operasinya di sini, termasuk pelbagai alat tulis dan kain pembalut ala-Jepun “furoshiki” berjenama Mossery dengan corak khas.

Bertemakan “Buku yang Baik Menjadi Peneman yang Baik,” tawaran diskaun 20 peratus bagi mana-mana buku dalam Katalog Ulang Tahun diberikan bermula 25 Mac hingga 30 April.

Pemegang kad keahlian Kinokuniya juga boleh menikmati harga diskaun 25 peratus.

Katalog Ulang Tahun mengandungi koleksi 200 buku, dipilih khas daripada tajuk-tajuk yang paling popular. Antaranya The High Mountains of Portugal oleh Yann Martel dan What is Not Yours is Not Yours oleh Helene Oyeyemi.

Bagi peminat buku masakan, Cravings: Recipes for All the Foods You Want to Eat oleh model terkenal Chrissie Teigen boleh juga didapati di sana.

Sementara bagi peminat fiksyen sains pula boleh mendapatkan koleksi cerpen edisi terhad The Paper Menagerie karya Ken Liu.

Pemegang kad keahlian juga akan mendapat fail dan buku nota edisi terhad dengan pembelian RM100 ke atas bagi setiap resit. Tawaran terhad kepada 500 pengunjung setiap hari, sementara stok masih ada.

Koleksi buku nota Books Kinokuniya x Mossery dengan tema ‘Sunny’ dan ‘Rainy.’ — Foto Books Kinokuniya MalaysiaKoleksi buku nota Books Kinokuniya x Mossery dengan tema ‘Sunny’ dan ‘Rainy.’ — Foto Books Kinokuniya MalaysiaPeminat alat tulis pasti jatuh cinta dengan set comel Books Kinokuniya x Mossery, dan tentunya mahu membeli kesemuanya.

Konsep di sebalik tema corak “Sunny” dan “Rainy” (Cerah dan Hujan) adalah bertemakan cuaca di Malaysia. Menurut Kinokuniya, mereka berharap buku akan dijadikan bahan untuk mendapatkan idea tidak kira ketika cuaca cerah atau hujan.

Ada empat corak set alat tulis berbeza dengan harga RM129 setiap satu. Terdapat juga barangan yang dijual berasingan seperti buku tulis berharga RM14.90, buku nota berharga RM28.90 dan diari harian (RM54.90).

Set didatangkan dengan rekaan khas “furoshiki,” iaitu kain pembalut empat segi tepat berukuran 54cm x 54cm. Kain itu nanti boleh juga digunakan semula untuk membungkus buku atau kotak makanan.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV