Belum sempat makan, pencuri tong gas diberkas polis

Ketua polis Jelebu berkata kedua-dua suspek berusia 30-an direman tiga hari sehingga hari ini. ― Paparan skrin GoogleKetua polis Jelebu berkata kedua-dua suspek berusia 30-an direman tiga hari sehingga hari ini. ― Paparan skrin GoogleJELEBU, 16 Dis ― Dua sahabat ditahan polis selepas mengaku mencuri periuk nasi milik jiran, yang tinggal 50 meter dari rumah sewa mereka di Kuala Klawang.

Mereka ditahan ketika menanak nasi di kediaman mereka yang turut mencuri tong gas, televisyen dan telefon bimbit, pada 2 Disember lalu, lapor Harian Metro.

Ketua polis daerah Jelebu berkata suspek, yang bujang dan bekerja di sebuah kedai di sini, memberi alasan tidak mampu punca mereka mencuri.

“Sebaik mencuri barangan rumah di rumah mangsa, suspek tidak menjualnya sebaliknya ia untuk kegunaan sendiri,” kata DSP Kamarul Rizal Jenal.

Beliau berkata kedua-dua suspek berusia 30-an, salah seorangnya dihukum buang daerah dua tahun ke situ, direman tiga hari sehingga hari ini.

Lagi Video di MMOTV