Belum jelas wanita tidak khatan lebih kuat seks, kata mufti

Jawatankuasa Fatwa Perlis menjelaskan hukum berkhatan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit individu tersebut. — Foto oleh Choo Choy MayJawatankuasa Fatwa Perlis menjelaskan hukum berkhatan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit individu tersebut. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 8 Jun — Jawatankuasa Fatwa Perlis pada bulan lalu memutuskan, andaian rangsangan seks berlebihan pada wanita tidak berkhatan, tidak memiliki alasan kukuh.

Jawatankuasa itu turut menjelaskan hukum berkhatan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit individu tersebut.

“Ia berdasarkan keadaan setiap wanita setelah ditentukan keperluannya oleh pakar.

“Jika seseorang wanita mendapati dirinya perlu melakukan khitan dan dipersetujui oleh pakar maka ia satu makrumah (penghormatan).

“Sekiranya didapati tiada keperluan melakukan khitan, maka khitan tidak perlu dilakukan untuk dirinya,” menurut pandangan jawatankuasa itu.

Kenyataan tersebut disiarkan di laman Facebook milik mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam.

Jawatankuasa itu berkata khatan bayi perempuan yang dilakukan sebahagian masyarakat tanpa merujuk pakar merupakan amalan yang tidak mempunyai asas dalil syarak.

Katanya, amalan itu juga mungkin mendedahkan bayi kepada kemudaratan jika dilakukan secara salah.  

Lagi Video di MMOTV