Aksi seks webcam, bekas pemain Arsenal nafi, mahu saman

Bekas pemain bola sepak Arsenal Jermaine Pennant mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah media yang menuduhnya terlibat dalam aksi seks kamera web. ― Foto AFPBekas pemain bola sepak Arsenal Jermaine Pennant mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah media yang menuduhnya terlibat dalam aksi seks kamera web. ― Foto AFPLONDON, 11 Feb ― Bekas pemain Arsenal Jermaine Pennant menafikan tuduhan beliau kini menjadi bintang porno.

Menganggap dakwaan itu sebagai kelakar, Jermaine, 35, berkata tohmahan tersebut memberi kesan buruk terhadap kehidupan keluarganya, lapor Mirror.

“Masalahnya sesetengah orang akan benar-benar percaya bahawa saya dalam industri porno,” katanya.

Mengakui tidak memiliki kehidupan sempurna, beliau berkata peminat boleh mengetahui perangai buruknya apabila buku autobiografinya “Mental” terbit kelak.

[...] orang ramai membaca perkara buruk masa lalu saya, tetapi saya tidak akan dan tidak mungkin menjadi bintang porno,” katanya. 

Kali terakhir beraksi dengan Billericay Town, beliau, dianggap “sasaran mudah”, mahu mengambil tindakan undang-undang berhadap tuduhan tersebut.

Sebuah akhbar di United Kingdom baru-baru ini mendakwa Pennant terlibat dalam sesi seks kamera web bersama isterinya Alice Goodwin, 32, seorang model glamor.

Lagi Video di MMOTV