Akibat rempuhan burung, pesawat AirAsia X mendarat cemas di Brisbane

Pesawat AirAsia D7207 mengalami kegagalan enjin selepas berlepas dari Lapangan Terbang Gold Coast, Australia, 3 Julai 2017. — Paparan skrin FacebookPesawat AirAsia D7207 mengalami kegagalan enjin selepas berlepas dari Lapangan Terbang Gold Coast, Australia, 3 Julai 2017. — Paparan skrin Facebook

KUALA LUMPUR, 4 Julai—Pesawat AirAsia X menuju ke Kuala Lumpur semalam terpaksa mengubah haluan dan mendarat di Brisbane, Australia selepas berlepas dari Lapangan Terbang Gold Coast pukul 10.20 malam waktu tempatan.

Pendaratan cemas dipercayai akibat burung masuk ke dalam enjin apabila dua bangkai ditemui di landasan selepas pesawat mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Brisbane dengan 345 penumpang dan 14 kru pada waktu 11.33 malam waktu tempatan.

CEO AirAsia X Benyamin Ismail dalam kenyataan berkata pihaknya akan mengaturkan penerbangan khas bagi membawa semua penumpang pesawat D7027 selamat sampai ke Kuala Lumpur secepat mungkin.

“Kami mengikuti semua garis panduan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelanggan, yang kini sedang dijaga oleh kakitangan kami.

“Kami ingin memuji juruterbang dan kru kapal atas sikap profesionalisme dan tindakan pantas bagi memastikan pelanggan yang berada dalam pesawat D7207 selamat mendarat di lapangan terbang Brisbane,” katanya.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV