AirAsia nafi Bung Moktar dicaj RM2,000 ke Sabah

Bos AirAsia Bhd Aireen Omar menafikan Datuk Bung Moktar Radin dikenakan bayaran RM2,000 untuk pesawat sehala dari Kuala Lumpur ke Sandakan. — Foto oleh Yusof Mat Isa Bos AirAsia Bhd Aireen Omar menafikan Datuk Bung Moktar Radin dikenakan bayaran RM2,000 untuk pesawat sehala dari Kuala Lumpur ke Sandakan. — Foto oleh Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, 24 Nov ― AirAsia menafikan ia mengenakan caj sehingga RM2,000 untuk perjalanan dari sini ke Sandakan seperti dakwaan wakil rakyat Umno.

Datuk Bung Moktar Radin mendakwa syarikat tambang murah itu mengenakan caj tinggi untuk penerbangan domestik itu dan “caj tersembunyi” yang lain.

Ketua pegawai eksekutif AirAsia berkata tidak mungkin Bung Moktar membayar RM2,000 untuk perjalanan sehala sedangkan harga siling cuma RM1,180.

“Dakwaan ahli parlimen itu tentang kos perjalanan sehala RM2,000 tidak benar sama sekali,” kata Aireen Omar dalam kenyataan hari ini.

“Penerbangan sehala AirAsia antara Sandakan dan Kuala Lumpur puratanya RM213.

“Malah ketika musim kemuncak, dengan muatan penuh, tambang kami hanya kira-kira RM1,180, yang masih termurah [kadarnya] dalam pasaran.”

Dalam persidangan Dewan Rakyat, Bung Moktar menuduh syarikat berkenaan dan Malaysia Airlines tidak menyediakan cukup perkhidmatan untuk Sabah.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.  

Lagi Video di MMOTV